Monday, April 11, 2011

Taib Mahmud bukan Melayu. Kenapa Gerakan Anti Melayu di Sarawak?

Perihal PRN Sarawak, saya ingin megulas sedikit. tentang hal ehwal kali ini yang saya rasa tidak menusabah dengan situasi politik Sarawak.

Sekiranya, kalau isu PRN ini adalah kerana Taib Mahmud lama sangat sebagai CM Sarawak. Bukankah kamu juga yang memilihnya sebagai pengundi pada PRN 9? Jadi tidak ada isu yang remeh temeh yang perihal Taib Mahmud. Okay, katakan di korup. Tapi saya pening jugak, sudah berpuluh tahun saya dengar berita begini, tapi dia masih CM juga.

Kita perlu lihat Taib Mahmud agak telah memerintah dan menyelengarakan untuk Negeri Sarawak dengan agak baik. Kalau tidak mengapa Sarawak menjadi satu tauladan yang amat baik berbanding dengan Negeri Melayu di Semenanjung yang lain. Kini ramai bumiputera yang proffesional yang bergelar Jurutera dan Doktor, termasuk seorang doktor di Ampang Puteri.

Dan setahu saya Taib Mahmud ini orang melanau, tapi kenapa orang melayu dihina dan dipersalahkan oleh PKR, PAS dan DAP semasa dalam pilihanraya kali ini.
Adakah sebab dia Islam?

Kita juga perlu ingat krisis Al-Kitab itu adalah satu krisis yang sengaja diadakan dan terancang oleh pihak Kristian Barat. Ini dimainkan oleh orang China Kristian, memandangkan hubungan Iban dan Melayu agak baik, yang mereka ingin hancurkan untuk China berkuasa.
KDN perlu tangkap mereka2 yang sengaja mempolitikkan isu yang boleh diselesaikan secara baik.

Fikir2kan lah.