Wednesday, December 22, 2010

Logo 1Malaysia di haramkan di Selangor. 1Tindakan desperado kerajaan negeri triniti 3Selangor

Oleh: Lebai Kecut
Kesimpulan: Sesiapa yang tidak puas hati pasal pengharaman ini, bolehlah ludah kepada muka Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Teresa Cock dan lain-lain bila mereka ini lalu di depan anda.

Menurut berita malam ini di TV3, kalau benar berita ini, maka nampaknya Kerajaan Pakatan Negeri Selangor macam dah hilang akal atau berperangai kebudak-budakan. Mungkinkah pengharaman ini berpunca sebagai tindakan atas penggantungan Anwar Ibrahim dan beberapa orang Ahli Parlimen tempuh hari.
Kerana ingin menutup kemaluan besar atas kegagalan Ketua Pembangkang mensabitkan APCO Worldwide dan 1Malaysia, yang kononnya adalah di ilhamkan oleh ONEISRAEL.
Saya kira Kerajaan Negeri Selangor telah tersilap langkah. Pertama slogan 1Malaysia telahpun di ambil minat yang mendalam oleh rakyat jelata dan ada yang telah menggunakan idea ini untuk melariskan produk mereka.
Tindakan sebegini, akan mendatangkan masaalah dan kerugian yang besar bagi sesetengah syarikat lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah merangkumi slogan ini diatas pelbagai kaedah pengiklanan.
Ini menunjukkan sifat yang tidak matang dan biadap dan rakyat di Negeri Selangor perlu perang kebiadapan ini habis-habis.
Kita berharap agar BN Selangor dapat menyediakan biro guaman khas pada sesiapa yang disaman oleh pihak PBT kerana kami percaya ini dalah satu beban kepada rakyat yang akan tersepit disebabkan sikap yang kurang matang dan zalim.
Selamatkan Selangor Darul Ehsan dari Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Tuesday, December 21, 2010

Kepincangan UMNO Bahagian Ampang perlukan rombakan baharu.

Oleh: A. Jusoh dan Lebai Kecut
Sejak kebelakangan ini, kita lihat banyak program-program yang telah dijalankan oleh UMNO Bahagian Ampang.
Walaupun niatnya amat baik dan kita nampak kesibukan Pemimpin-pemimpin di UMNO Bahagian yang cuba jalankan sebaik yang boleh untuk mengembalikan pengaruh UMNO di Ampang.

Namun apa yang menjadi kemusykilan, kenapa tenaga ini tidak juga di tumpukan kepada perpaduan dikalangan ahli-ahli UMNO yang sudah nampak keretakan yang ketara.

Kita tidak nampak penglibatan Saudara Azman Wahid ataupun 'winnable candidate' seperti Dato' Dr Maamor dalam apa-apa program pun. Kini nampaknya perhubungan mereka dengan bahagian tidaklah begitu akrab seperti dahulu. Ini adalah satu yang amat merugikan orang-orang Melayu di Ampang.

Sebagai seorang Ketua, Dato' Ismail seharusnya cuba sedaya upayanya untuk membuat program yang dapat merapatkan saf, dan bukanlah membuat keputusan yang boleh merengangkan pertalian sesama ahli-ahli UMNO sekitar Ampang.

Sekiranya, Dato' Ismail jujur, maka Dato' mestilah lebih beri perhatian dan pro-aktif  dalam mengatasi kepincangan yang ada di Ampang. Kebanyakan kepincangan ini adalah disebabkan oleh kecuaian Dato' sendiri yang sejak kebelakangan ini lebih leka membuat program yang tidak bermanfaat untuk MCA dari memperbaikikan keretakan perpaduan dikalangan UMNO Ampang.

Sekiranya, Dato' Ismail tidak berkemampuan, kami ingin syorkan agar Dato' undur diri secara hormat, agar UMNO Ampang boleh mendapat nafas baru, dapat di rombak dan bertapak lebih kukuh demi masa hadapan anak-anak bangsa, agama dan tanahair kita.

Thursday, December 16, 2010

Pengurusan 2 Lelaki Lembut (dan Lembab?) Bahagian Ampang masih kurang mantap

Puteri telah pulang berjumpa dengan seorang kawan yang kebetulan berada di tempat yang sama, iaitu di D' Kayu.

Apa yang di beritiahu, pasal tindak tanduk UMNO bahagian Ampang yang dianggap kurang bernas dari segi menyatu padukan cawangan2 dan ahli UMNO di bahagian Ampang, lebih2 lagi di bawah DUN Bukit Antarabangsa.

Setelah dengan lucunya mencerita perihal kelembutan Ketua dan Timbalan yang dipaparkan oleh Wilson wakil dari MIC (Ketua Bahagian Ampang?), nampak terjelas benar dengan paparan Wilson mengenai mereka bertiga ini (termasuk Naib, yang kononnya lebih keras dari yang lain, apa yang keras tak tahu pulak.) Yang miang, yang gatal tu,  Puteri tahu lah.

Mungkin jembalang blog belum lagi menyambut tentang kecuaian dan ketidak alpaan tentang masaalah yang sering timbul dibahagian. Kecuaian ini kalau tidak di bendung boleh menyebabkan UMNO tersungkur di Bumi Ampang , lebih2 lagi di kawasan Bukit Antarabangsa. Samada, ini satu perangkap samar, kelahiran baru atau perkuburan karier seorang ahli politik yang kurang berpolitik.

Isu Trojan ke atau isu sindrom susukan kera tapi anak sendiri mati kelaparan kini menjadi-jadi dan tidak diambil berat untuk diselesaikan. Yang pelik di manakah setiakawan pada rakan seperjuangan Timbalan,bila mana pengecut yang suka membaling batu  dan sorokan tangan kini di jadikan hero. Hai Abang Mail tak pandai lagi ke? Adakah ini perangkap atau setiakawan yang kurang akrab atau minda yang  lembab? 

Hanya masa boleh menentukan.

Puteri Penny
Lawan tetap lawan untuk anak bangsa, agama dan tanahair

Sunday, December 12, 2010

Adakah ini logo baru Barisan Nasional?

Bila PM cakap pasal re-branding BN, kitapun tertanya-tanya, apakah logo baru BN?

Terlebih dahulu kita mesti definasikan apa pakej BN yang baru, misalannya:

1. Logo itu melambangkan progresif
2. Pertimbangan yang Adil,
3. Berteknologi tinggi
4. Boleh di kaitkan dengan kehidupan harian
5. Tak boleh dan tidak akan tipu pengguna atau pelanggan , iaitu rakyat
6. Berkhidmat,
7. Tiada pertikaian,
8. Jimat
9. Disenangi pengguna atau pelanggan
10. Anggun dan canggih
11. Melambangkan ekonomi mantap
12. Tidak ada kemelayuan, kecinaan, keindiaan, kedayakan, kedusunan dll

Adakah ini?

Sunday, December 5, 2010

Apa lebih besar, Dosa Azari dengan dosa ahli x-PKR?

Betul ke bang?

Saya ada tanya kawan saya yang selalu duduk di Bahagian. Gambar itu macam gambar Abang Azari.
Dan saya ada juga kawan di Taman Uda Jaya tapi dia tak kenal pula kalau Abang Azari itu tinggal di sana. Setahunya, abang ini tinggal di sebuah taman di Bukit Antarabangsa.

(Tak tahu pula nama laki baru si janda meletup yang famous di Uda Jaya. Hehehe.)

Abg Point, tak baik fitnah-fitnah. Lebih2 lagi lelaki handsome.

Kalau nak bezakan dengan sesetengah ahli UMNO, dosa Abang Azari ini kepada UMNO tidak lah besar sangat.

Lebih-lebih lagi ada sekumpulan tu, dah berzaman bergelumang dengan Saudara Anwar Ibrahim, tapi diangkat tinggi melangit.

Bunyi macam kes dendam berahiii.


Au. Seronok nyeeeee.
Amin! Amin ! Amin

Puteri Penny

P/S
Siapa pulak lagi AJK bahagian yang hendak dihentam lepas ini? Abang Point, dah kena bayar kot.

Thursday, December 2, 2010

113 UMNO members quit Party/Wawancara bersama bekas ahli UMNO

Mengikut Sumber yang Puteri terima, seramai 113 ahli UMNO di Ampang keluar parti sertai PKR.
Berikut adalah wawancara yang Puteri sempat bertemu selepas bertugas di Ampang Puteri dua hari lalu.
Soalan yang mudah telah saya tujukan kepada mereka2 dibawah ini:
"Kenapa keluar parti sedangkan PM kata rakyat kini telah kembali kepada BN?"

Ali (43 tahun) : "Sebagai penyokong setia UMNO selama 12 tahun, saya kekadang rasa diri saya tidak lagi di perlukan lagi.
Jadi, demi kerjaya politik saya, baik saya lompat keluar dulu.Manalah tahu kalau ada rezeki, cikgu Bard keluar PKR dan masuk UMNO; dan saya boleh jadi orang kuat dia dan masuk balik kepada UMNO. Nampaknya sekarang pucuk pimpinan UMNO sekarang lebih suka bekas Ahli Pembangkang.

Syukur (35 tahun): "Betul tu bang. Saya pun rasa sekarang ini kera lebih dapat susu. Lepas tu dahlah susu lembu, sapi pulak dapat nama. Mana boleh tahan bang."
(Siapa agaknye kera itu)

Siti  (45 tahun): "Tahu tak pe. Kekadang bila nak buat program dah lah kita susah gembeling tenaga. Nak dapat peruntukan pun susah. Tup-tup orang lain senang2 aje dapat dana nak buat program. Mentang2lah kita ini orang bawah sangat. Akar Umbi lah katakan. Orang yang lebih dekat dengan PM senang2 dapat songlap peruntukan. Gah sana, gah sini. Demo sana demo sini. Puteri, fikir lah sendiri.Kalau dah jauh sangat siapa nak jenguk tolong kami buat program. "