Puteri hari ini sempat berjumpa dengan seorang manusia yang pernah keluar parti UMNO dan masuk PKR. Bukan baru kali ini beliar berbuat khinat pada UMNO, Dulu semasa zaman Tengku Razali, beliau pernah keluar dan masuk Semangat 46.
Menurut beliau, jangan terperanjat kalau calun2 kali ini untuk UMNO adalah calun dari kumpulan X-PKR. Kerana ini lah formula yang akan digunakan oleh DS Najib.Tidak payah minta maafpun walaupun telah dan masih mengkhianati UMNO big time menurut lapuran intelegensia asing.
DS Najib yang dalam keadaan terdesak akan mengagihkan kerusi bukan dasar kesetiaan tetapi atas dasar nak menang, walaupun calun2 itu tidak pernahpun berjuang untuk parti tetapi dari kumpulan NGO yang lantang dan pandai tunggang kerana dikebanyakkan bahagian , Ketua2 mereka adalah dari sekolah lama dan banyak yang dapat ijazah dari insitusi yang tidak telus, dan di bayar semata2 nak jadi calun yang 'winnable'.
Banyak mereka2 ini mempunyai blog yang kononnya mereka ini pernah berada didalam kereta bersama Ezam dan DSAI sewaktu Ezam 'berpaling tadah'. Masaalahnya, tempat duduk berapa sangat yang ada.Dah macam jadi famili ini pula, 28 orang pun boleh disumbat.
(Lihat video ini).
Dan Ampang tidak terkecuali.
UMNO Ampang dilihat telah di jadikan korban kerana sudah dilihat termakan budi (projek Bangunan UMNO), jadi kalau berukpun dihantar ke Ampang, mereka sanggup menerima dengan tangan terbuka, kononnya.
Setidak2nya, dengan rantai emas.
Akan menjadi kekalutan kepada AJK2 bahagian. Kerana ada mereka yang di peringkat AJK sudah lama dan walaupun berkemampuan tetapi lebih memberi hormat kepada mereka yang lama dan telah berkhidmat kepada masyarakat sebelum PRU yang lepas.
Sejak kebelakangan ini banyak dikalangan mereka, telah tidak dapat bergerak kerana kurang dana. Mereka ini bukan lah tidak boleh berkhidmat tetapi kurang berkemampuan kerana berkerja mencari nafkah dan banyak pula dari golongan professional.
Disebabkan rasa hormat, banyak ahli AJK muda pun tidak bergerak kerana pada mereka bukan tugas mereka, dan lagipun, mereka ini tidak ada dana dan tidak pandai menggunakan politik untuk mencari duit dan menipu rakyat seterusnya.
DS Najib kena harus berhati2 menggunakan mereka yang berada dalam radar masyarakat sahaja.
Beliau harus melihat dari segi mencari 'hidden talent' dari kalangan mereka yang berintegriti dan intelektual. Mereka perlu bersikap kurang berpolitik dan pandai mengurus pusat perkhidmatan kerana itulah mindset penduduk yang hakiki, terkini dan yang sebenarnya.
Di minta PM, jangan silap langkah kerana PRU ini adalah PRU yang paling kritikal untuk UMNO. Hidup dan mati akan ditentukan semasa PRU13.
Pada mereka yang masih berhajat, masih boleh menjadi hero UMNO. Langkah untuk menjadi calun:
1.Mula-mula, lompat keluar ke PKR atau PAS. Anda akan menjadi hero bagi Pakatan Pembangkang.
2. Hentam UMNO macan gila babi. Jadi hero lagi,
3.Selepas beberapa bulan keluar Pakatan dan masuk UMNO. Jadi hero gak. Kamu akan diberikan elaun dan tugas harian untuk menghentam kembali ketua kamu yang lama, iaitu Pembangkang. Laung sana laung sini. Kuda sana kuda sini. Kuda sikuda sana sini.
4. Buka NGO dan jadi hero melayu. Lagi banyak keluar TV lagi eluk. Kena bayarpun, bayarlah. Ahli poltik kena jadi begini.
5. Anda di undi menjadi calun.
6. Anda kalah menjadi ADUN/ahli parlimen.
No comments:
Post a Comment