Tuesday, September 3, 2013

Apa hukum cawangan Ketua Bahagian bersidang atas kertas?

Dalam kesibukan mengurus tadbir pesakit kanser kolon, puteri sempat bertemu dengan seorang kakak yang pernah duduk dalam hospital ini selama 2 minggu akibat penyakit misteri.
Syukur kerana menyakit itu baik dengan sendirinya.
Biasalah doktor tidak dapat diagonis maka di katakan pesakit ini dilanda tekanan hidup dan stress.

Kakak yang tinggal dekat dengan markas PAS di Gombak sempat pulak memberi selayang pandang kepada pemilihan UMNO kali ini kerana kakak ini penyokong setia UMNO dulu kini dan selamanya.

Ada ura-ura ramai Cawangan Ketua Bahagian bersidang atas kertas dari Gombak ke Perlis dan jugak Sabah.

Tak cukup korum okay lah juga, namun bila Ketua Bahagian bertindak macam gitu maka kalau cawangan kurang satu atau dua ahli hadir di berikan kesahan itu berpatutan lah. Sekurang2nya, Ketua Cawangan bertungkus lumus kumpul orang.

Ini yang tak tahan bila ada yang bersidang atas kertas. Yang lain minat. Ketua Bahagian pulak buat hal.

Dimana tu Tanya puteri?

Gombak pun ada, KL pun ada. Ampang Jaya tidak ketinggalan katanya.

Menurut pengikut kem-kem yang ada, mesyuarat sepatutnya di pantau, namun ada ketua bahagian yang ambil jalan senang.
Apa hukumnya kalau cawangan sendiri bunian, tetapi pegang sebagai Ketua Bahagian. Kakak itu bertanya.
Ada bukti ke Kakak? Tanya Puteri.
Buktinya, tempat lokasi tutup sepanjang masa bersidang. Dan telah dirakam oleh orang sebelah sana.

Biar Betul.
 

No comments:

Post a Comment