Oleh: A. Jusoh dan Lebai Kecut
Sejak kebelakangan ini, kita lihat banyak program-program yang telah dijalankan oleh UMNO Bahagian Ampang.
Walaupun niatnya amat baik dan kita nampak kesibukan Pemimpin-pemimpin di UMNO Bahagian yang cuba jalankan sebaik yang boleh untuk mengembalikan pengaruh UMNO di Ampang.
Namun apa yang menjadi kemusykilan, kenapa tenaga ini tidak juga di tumpukan kepada perpaduan dikalangan ahli-ahli UMNO yang sudah nampak keretakan yang ketara.
Kita tidak nampak penglibatan Saudara Azman Wahid ataupun 'winnable candidate' seperti Dato' Dr Maamor dalam apa-apa program pun. Kini nampaknya perhubungan mereka dengan bahagian tidaklah begitu akrab seperti dahulu. Ini adalah satu yang amat merugikan orang-orang Melayu di Ampang.
Sebagai seorang Ketua, Dato' Ismail seharusnya cuba sedaya upayanya untuk membuat program yang dapat merapatkan saf, dan bukanlah membuat keputusan yang boleh merengangkan pertalian sesama ahli-ahli UMNO sekitar Ampang.
Sekiranya, Dato' Ismail jujur, maka Dato' mestilah lebih beri perhatian dan pro-aktif dalam mengatasi kepincangan yang ada di Ampang. Kebanyakan kepincangan ini adalah disebabkan oleh kecuaian Dato' sendiri yang sejak kebelakangan ini lebih leka membuat program yang tidak bermanfaat untuk MCA dari memperbaikikan keretakan perpaduan dikalangan UMNO Ampang.
Sekiranya, Dato' Ismail tidak berkemampuan, kami ingin syorkan agar Dato' undur diri secara hormat, agar UMNO Ampang boleh mendapat nafas baru, dapat di rombak dan bertapak lebih kukuh demi masa hadapan anak-anak bangsa, agama dan tanahair kita.
No comments:
Post a Comment