Friday, September 23, 2011

"Orang lain pasang badan, saya pasang tengkok untuk AhLong"

Puteri ingat nak berihat dari blogging kerana baru termengandung. Tapi oleh kerana sejak kebelakangan ini banyak pulak orang Ampang masuk wad disebabkan terlalu banyak rumah terbuka berkambing panggang, maka banyaklah cerita pasal Ampang yang dapat dikorekki.


Mula-mula nak puteri cerita pasal Solleh Tawkil, seorang dari budak hitam Dato' Mail, yang sungguh budiman menyewakan tengkoknya kepada AhLong. (Saya bukan Along, saya hanya nak sewa tengkok saya kepada sesiapa yang ada masaalah kewangan, tidak kira kamu kawan ke lawan ke atau ketua cabang atau ketua bahagian), ini boleh jadi satu peluang perniagaan yang baik kalau ada mereka2 yang sesak dan berkemampuan. 


Abang Solleh, puteri tabik hormat kerana sanggup hulur tengkok kerana UMNO. Tetapi apa yang merisaukan puteri ialah tanggungjawab Bahagian adalah untuk mengelakkan gejala AhLong bukan menyokongnya. 
Bukan kah ini satu dasar kerajaan BN, dan mengapa pula UMNO Ampang mengambil sikap menyokong kegiatan AhLong. BN Pusat harus mengambil tindakan disiplin keatas mereka yang telah mengotorkan nama baik parti dari segi tingkah laku yang amat negatif. Lebih2 lagi wang yang digunakan adalah untuk membuat bangunan UMNO sendiri.


Lagi satu berkenaan dengan pasang badan. Saya ada terdengar perbualan seorang yang pernah datang ke majlis rumah terbuka depan Craven Cafe. Dia tertanya kenapa pula majlis itu macam majlis gangterisma Eypinko dan JayEmEm tapi yang bayar ialah YB Zuraidah sebanyak RM45 ribu. 


Sekejap kata bukan PKR yang buat kerana ada yang kata UMNO kerana Dato' Mail pun ada datang. Kalau UMNO buat mesti laungan UMNO lebih kuat dari laungan2 yang lain. Ini yang saya bingung sikit.
Yang peliknya nampaknya JayeMeM, dimana ketuanya tidak disukai oleh sebahagian besar penduduk di Taman2 Bukit Antarabangsa, dah lebih mesra dengan Zuraidah, mantan rakan seperjuangan. 


Adakah ini satu permainan politik PKR, x-PKR dengan Azmin yang pernah seketika dulu dikaitkan sebagai mentor kerana mereka pernah saling mengujungi antara satu sama lain. 


Renung2kanlah. Walaubagaimanapun, bacalah link dari theflyingkick, yang puteri rasa puteri amat kenal.


Puteri akan menyentuhi sedikit sebanyak pasal pasang badan di Ampang ini dalam posting yang akan datang. Maklumklumlah puteri pun pernah buat modelling, lebih2lagi puteri mantan janda berhias.
_________________________________________________________________
Semakin dekat Pilihanraya Umum, maka semakin hebatlah berkeliaran dan semakin bekerja keraslah satu puak yang selama kurang diberikan perhatian. Puak ini hidup sebagai agen kepada mana-mana individu yang ada banyak duit, berminat hendak jadi calon untuk kawasan atau kerusi tertentu dan menjadi Yahudi bermuka lapan belas untuk orang-orang politik yang ada dalam folio mereka.

Sudah tentulah yang paling ketara dalam hal ini datangnya dari UMNO dan Barisan Nasional sebab parti tersebut adalah parti pemerintah dan perlumbaan menjadi calon sangat ketara serta sangat sengit.

DUN Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa merupakan dua buah DUN dalam Parlimen Ampang yang melihat 'kehebatan' penggunaan wang yang banyak sebagai cara mendapat tempat sebagai calon, selain penggunaan agen-agen yang kebanyakannya merupakan orang PKR atau bekas PKR.

Ada beberapa nama yang kelihatan sangat 'unik' dan tidak masuk akal untuk diletakkan di kedua-dua DUN tersebut terutama seorang lelaki 'berkelulusan penuh' tetapi sebenarnya hanyalah seorang pembantu kedai buku. Seorang lagi yang berasal dari Pemuda Bukit Bintang, tetapi berhajat ingin bertanding di salah satu DUN dengan peruntukan besar sambil diberikan bayangan bahawa dia akan menang kalau pelaburan dibuat dan dikeruk dari akaunnya.

Hasilnya, RM5 juta digunakan yang dikatakan untuk membayar promosi dirinya....

Itu sebahagian daripada pelbagai cerita menarik di Parlimen Ampang. Belum lagi cerita di Parlimen Pandan yang terletak bersebelahan.

Walaupun sudah terang dan nyata, ada perubahan yang diminta dan dituntut oleh para pengundi berbanding perwakilan mereka sekarang, nampaknya penyakit tamak dan mudah terpesona dengan cerita broker-broker politik yang sedang mencari wang mudah, menggagalkan perancangan sebenar UMNO-BN merampas Selangor secara keseluruhan.

Para pelobi yang mempunyai kepentingan, termasuklah seorang bomoh yang dikatakan kasyaf, memeriahkan lagi persaingan ini. Dengan PKR bergudang di Menara MPAJ dan menguasai Ahli-Ahli Majlis, manakala PAS pula dilihat tergugat dengan rancangan DAP untuk merampas kerusi yang PAS tandingi, para pelobi yang turut berada dalam puak PKR dan PAS, tidak kurang hebatnya memainkan peranan masing-masing bagi memperolehi laba besar sebelum PRU.

Dalam banyak hal, pelobi-pelobi yang bersikap talam dua muka, gergaji bermata-mata ini, bijak merancang bagi memperolehi keuntungan. Sama ada calon yang mereka 'wakili' benar-benar terpilih atau sebaliknya, mereka sudah kenyang dan 'sangat berkuasa'.

Itu belum lagi cerita di masjid dan surau.....

Setakat itu sajalah orang kita punya kehebatan!!!
http://theflyingkick.blogspot.com/2011/09/broker-broker-politik-berkeliaran.html
Sumber: 

No comments:

Post a Comment