Hari ini adalah hari yang nak kata sedihpun juga lucu pun juga.
Ini kisah seorang pesakit yang sudah lama terlantar di atas katil dan saya sebagai jururawat agak akhrab dengan pak cik ini.
Maklumlah saya yang di pertanggungjawab menjaganya.
Rupa-rupanya pesakit ini memang seorang yang amat ambil berat pasal politik di Ampang. Veteran UMNO lah katakan.
Tetapi semalam adalah hari yang terakhir baginya. Dia mengalami sesak nafas dan sebelum dia mengehembuskan nafasnya yang terakhir sempat dia memberi pesanan kepada saya:
"Jumpa2 lah Datuk Mail itu.
Kalau dia betul sayangkan UMNO di Ampang, letakkan jawatan berikan kepada Aziz kerana dia lebih berupaya selamatkan perpaduan di Ampang. Inilah pesan terakhir pakcik. Sayangkan parti dan pemimpin berjiwa rakyat bukan yang suka menonjolkan diri."
No comments:
Post a Comment