Monday, August 24, 2015

UMNO Ampang bulldoze usul sokong Najib

Dengan kedatangan yang amat tidak memberansangkan , UMNO Ampang kini dalam negeri segala penipuan (State of Denial).

Kedatangan perwakilan yang menurun, tidak sampai 55% dan sudah pasti hanya 25% yang hadir mengundi usul menyokong DS Najib dengan pembantahan dari golongan pemuda. Undian Ampang didengari bantahan pada yang hadir dan ditegur oleh ahli bila ada cubaan untuk menyatakan sokongan sebulat suara.

Apa yang pasti , cabutan nombor bertuah adalah satu tindakan kecemasan demi mengelakkan perwakilan balik cepat  telah gagal, namun telah memungkinkan penyelamatkan DS Najib dari dilucutkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Thursday, June 25, 2015

Salam Ramadan dan Ucapan tahniah kepada Ketua2 Bahagian yang menjadi usahawan berjaya meniris Dana Bahagian.

Hari baik bulan baik ini elok lah kita melihatkan diri kepada aktiviti memuji dan mengangkat saudara-saudara kita telah berjaya dalam hidup.

Saudara-saudara kita ini ada yang kini telh menjadi Ketua Bahagian dan ada yang telah mengguna kebijakpandaian mereka untuk menguruskan harta Bahagian sambil berniaga sampai berjaya dalam dana ini sehingga menjadi ikon dalam parti. Mentor untuk pengikut-pengikut bagaimana nak jadi usahawan berjaya melalui ketirisan dalam bahagian.

Ada yang sampai berbini dua, tiga dan ada bini yang mata biru cantik muda. Ada pula hanya mengharap janda berhias,


Kini ada pula yang dapat rumah baru berjuta2 runggit untuk asmara dana bersama bini muda.



Berkereta mewah, porshe BMW dan Mercedes kini menjadi idaman dan andaman bini muda./



Kepada mereka ini , kamu lah ikon dan mentor untuk kami semua.

Semoga Allah memaaf dan memberkati kamu semua.